Tuesday 24 March 2015

PERASMIAN BLOG DI DEWAN TERBUKA SEMEKAD 2015

dimaklumkan bahawa , blog ini telah dilancarkan dengan jayanya di dewan terbuka semekad 2015 pada hari rabu lepas. Dengan ini , WWW.PREFECTSOFSEMEKAD.BLOGSPOT.COM boleh dilayari . Blog ini telah dirasmika oleh pengetua semekad iaitu Tuan Haji Izamudin Bin Rozali .
akhir kata , selamat mengunjungi blog lembaga pengawas .


"BERDISIPLIN BERKUALITI"







TERUSKAN MEMBACA

Wednesday 4 March 2015

ISU DISIPLIN DI SEKOLAH

PENDAHULUAN

Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin dan lancar. Oleh itu aspek disiplin murid di sekolah haruslah diberi perhatian berat pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981.

“ Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah”. KPM 1981

Disiplin di sekolah juga adalah untuk membentuk dan mengawal diri pelajar daripada melanggar undang-undang, norma, kebudayaan dan akhlak masyarakat, di samping menanam nilai-nilai murni bagi membolehkan mereka membentuk sikap, kepercayaan, keimanan, keteguhan prinsip dan lain-lain asas moral dan etika hidup.
Tetapi kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media. Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan oleh para murid, dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat, seperti menyalahgunakan dadah, merompak, memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah (vandalism), mengancam guru-guru dan murid-murid dan pelbagai lagi. 

1.1 VANDALISME (merosakkan harta benda)
Vandalisme boleh didefinisikan sebagai perbuatan ataupun perlakuan merosakkan, memusnahkan, mengotorkan benda-benda serta peralatan yang bukan kepunyaan sendiri yang seterusnya telah menggugat kesejahteraan hidup orang lain.
Sejak kebelakangan ini, isu vandalisme telah menjadi topik yang hangat diperbincangkan. Perbuatan vandalisme ini biasanya dilakukan oleh golongan remaja ataupun generasi muda dalam lingkungan usia 13 tahun hingga 24 tahun. Mereka yang tidak bertimbang rasa ini bertindak merosakkan telefon awam serta tandas awam yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, melukis serta menulis perkara yang bukan-bukan di dinding sesebuah bangunan dan sebagainya. Bagi remaja yang masih bersekolah pula, mereka akan bertindak merosakkan kerusi, meja, papan hitam dan lain-lain yang merupakan kepunyaan sekolah serta barang keperluan seseorang pelajar. Hal ini seterusnya telah merosakkan keindahan sesebuah tempat. Secara tidak langsung, nama serta imej negara kita Malaysia akan terjejas. 

1.2 PERAS UGUT ATAU KES BULI
Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.
Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Sebagai contoh kes adik Muhd Afiq Qusyairi Baharuddin yang dibuli dan dibelasah oleh pelajar senior di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis. Satu lagi kejadian di Gombak, seorang ketua pengawas telah dipukul oleh beberapa orang pelajar sehingga cedera anggota badan dan menerima beberapa jahitan di kepala. Difahamkan ketua pengawas ini telah mengambil nama pelajar ini yang datang lewat ke sekolah pada pagi kejadian. Kes-kes buli yang wujud ini menunjukkan satu senario bahawa tahap disiplin pelajar negara kita sememangnya berada di tahap kritikal.

1.3 PERGAULAN BEBAS DAN PORNOGRAFI (video lucah)
Penyebaran rakaman-rakaman lucah melibatkan pelajar sekolah di internet bukanlah satu perkara yang asing bagi masyarakat kita. Mungkin kita sudah muak dihadapkan dengan isu yang sinonim sahaja, namun bagaimana kita mahu menutup mulut sedangkan mata sentiasa dihadapkan benda yang sama, malah semakin hari semakin menjadi-menjadi. Kalau dulu hanya pekerja kilang dan pelajar IPT sahaja yang terlibat dalam rakaman lucah ini, namun kini segelintir budak-budak sekolah juga sudah semakin ‘advance’ .berpelukan, bercumbu-cumbuan dan melakukan hubungan seks seperti sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka. Begitu mengecewakan apabila melihat budak-budak sekolah yang umurnya baru setahun jagung, tetapi sudah kemaruk dengan seks. 

Ada pula yang langsung tidak tahu malu apabila adegan lucahnya dirakam. Kononnya untuk simpanan peribadi, tetapi akhirnya ia dijadikan sebagai bahan lucah untuk disebarkan melalui internet. Ada rakaman video yang memaparkan seorang pelajar perempuan yang terbaring di tepi longkang berhampiran semak dikelilingi oleh empat orang lelaki meratahnya secara beramai-ramai. Perempuan tersebut bukan dipaksa tetapi merelakan diri malah suka diperlakukan sedemikian. Kesemua mereka ini ketika melakukan adegan-adegan tersebut lengkap berpakaian sekolah. 

1.4 MEROKOK DAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Merokok!. Semua orang tahu akan kesan buruk perbuatan tersebut kerana kini segala informasi tentangnya mudah diperolehi. Malah pada kotak rokok itu sendiri pun turut ditulis amaran bahaya merokok serta gambar-gambar kesan daripada asap rokok tersebut. Bagaimanapun segalanya dipandang sepi. Di mana-mana sahaja, kita boleh melihat budak sekolah termasuklah perempuan berbangga dengan rokok yang tersepit dihujung jari. Malah mereka juga menganggap semua ini “cool” dan “trendy” di kalangan mereka. Sekarang bukan lagi hal yang pelik atau pun luar biasa jika kita melihat pelajar perempuan, khususnya pelajar sekolah yang menggengam rokok. Sungguhpun begitu kita hanya mampu mengeluh atau mengeleng-gelengkan kepala serta tetap membuat persepsi buruk terhadap moral perempuan yang merokok itu tanpa melakukan sebarang tindakan untuk mencegahnya.
“Terdorong dek naluri ingin mencuba benda baru atau sekadar ingin berhibur, remaja terutama pelajar seolah-olah menempah maut apabila berebut-rebut mendapatkan ubat batuk dalam bentuk pil yang mengandungi dos berlebihan sehingga dikategorikan dadah stimulant (ATS).” - Keratan Harian Metro, Selasa, 4 September 2007. 

Petikan di atas menunjukkan selain daripada gejala merokok, penyalahgunaan dadah juga sudah semakin menular di kalanga pelajar terutamanya remaja dalam lingkungan umur belasan tahun. Mereka sudah semakin menjinakkan diri dengan batu loncatan untuk penagihan syabu seperti ganja yang menyebabkan seseorang itu beralih penagihan kepada heroin dan dadah. Tindakan pelajar terbabit dianggap sengaja menempah maut kerana pil berkenaan boleh mengganggu sistem saraf otak yang merangsang keinginan berkhayal, meskipun orang yang menelannya akan mengalami kesan seperti lebih aktif daripada biasa, otak lebih cergas dan berfikir dengan cepat selain sentiasa berasa gembira. Pil Norspan boleh dikategorikan ‘adik’ kepada dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) atau syabu, kini dikesan kian popular dalam kalangan pelajar sekolah kerana mudah diperoleh di farmasi, klinik atau kedai sinse dengan hanya bermodalkan 50 sen. 

1.5 PONTENG SEKOLAH

Senario ponteng sekolah bukanlah masalah sosial yang baru dalam kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukan pelajar yang terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 37 092 kes pada tahun 1993 dan meningkat kepada 80 937 kes pada tahun 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 17 tahun dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenalpasti terbabit dengan masalah ponteng kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan bakinya adalah pelajar perempuan. 
Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian dengan mengambil pendekatan bersepadu dengan mengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya.
Oleh itu, marilah kita merenung sejenak memerihalkan faktor-faktor berlakunya isu-isu disiplin pelajar kini dan langkah-langkah yang wajib diambil untuk membendung masalah ini daripada berleluasa.



VANDALISME

2.1 Faktor-faktor pencetus vandalisme

2.1.1 Kurangnya penekanan pendidikan moral serta agama
Antara faktor berlakunya vandalisme adalah kurangnya penekanan pendidikan moral serta agama sama ada di sekolah ataupun di rumah. Hal ini penting kerana tanpa pendidikan tersebut, seseorang tidak akan mengetahui nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan oleh seseorang individu. Mereka tidak akan tahu kepentingan berbuat baik serta mungkin berhadapan dengan kesukaran dalam membezakan betul salah daripada sesuatu perbuatan. Hal ini mungkin berlaku akibat daripada sikap pelajar yang menganggap pendidikan moral tidak berguna serta tidak mendatangkan sebarang manfaat. Guru-guru yang tidak menekankan kepentingan dan kebaikan pendidikan moral di sekolah juga menyebabkan kegagalan mewujudkan generasi muda yang soleh dan solehah. Ibu bapa yang rakus ataupun serakah mengejar kekayaan dan kewangan telah menyisihkan pendidikan yang penting ini. Oleh itu, seseorang itu tidak mendapat pendidikan moral dan agama yang secukupnya lalu bertindak vandalisme kerana tiada pengajaran yang menentang perbuatan itu. Apabila mereka dewasa nanti, mereka juga telah mempraktikkan perbuatan itu dalam kehidupan seharian. Dengan ini, telah jelas menunjukkan bahawa kurangnya pendidikan moral dan agama merupakan salah satu faktor berlakunya vandalisme.

2.1.2 Tekanan hidup 
Tekanan hidup ataupun stress juga merupakan salah satu faktor berlakunya vandalisme. Hal ini demikian kerana sejajar dengan pawana globalisasi di negara kita, Malaysia, pendidikan telah pun semakin dipentingkan serta dititikberatkan. Keadaan ini seterusnya telah menyebabkan ibu bapa mewajibkan anak masing-masing agar lulus peperiksaan dengan keputusan yang cemerlang agar dapat berkhidmat serta menyumbang kepada negara pada masa hadapan. Oleh itu, seseorang pelajar akan mengalami banyak tekanan hidup untuk belajar dengan bersungguh-sungguh agar tidak mengecewakan harapan ibu bapa masing-masing. Terdapat kemungkinan bahawa individu tersebut akan bertindak melakukan perbuatan vandalisme untuk melampiaskan beban yang dihadapi. Mereka mungkin beranggapan bahawa perbuatan itu amat menyeronokkan dan juga dapat membalas dendam kepada pihak sekolah yang mewajibkan peperiksaan dijalankan. 

2.1.3 Pengaruh rakan sebaya
Selain itu, bagi generasi muda pula, ada di antara mereka yang mungkin jatuh di bawah tekanan pengaruh rakan sebaya untuk melakukan perbuatan vandalisme. Hal ini berlaku kerana mereka tidak berpendirian teguh dan lama-kelamaan telah pun mengikuti ataupun mencontohi perbuatan rakan mereka yang tidak senonoh itu. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan merosakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja. Kebiasaannya, golongan remaja melakukan vandalisme merupakan remaja yang berkumpulan. Mereka lazimnya tidak mempunyai hala tujuan dan matlamat hidup. Apabila berkumpul sesama rakan mereka, maka timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam ataupun harta benda sekolah dan merosakkannya.

2.1.4 Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa merupakan insan terpenting dan memainkan peranan yang besar dalam membentuk sahsiah dalam diri anak-anak. Sesetengah remaja ataupun pelajar yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan, vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.


2.1.5 Pengaruh rakan sebaya
Selain itu, bagi generasi muda pula, ada di antara mereka yang mungkin jatuh di bawah tekanan pengaruh rakan sebaya untuk melakukan perbuatan vandalisme. Hal ini berlaku kerana mereka tidak berpendirian teguh dan lama-kelamaan telah pun mengikuti ataupun mencontohi perbuatan rakan mereka yang tidak senonoh itu. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan merosakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja. Kebiasaannya, golongan remaja melakukan vandalisme merupakan remaja yang berkumpulan. Mereka lazimnya tidak mempunyai hala tujuan dan matlamat hidup. Apabila berkumpul sesama rakan mereka, maka timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam ataupun harta benda sekolah dan merosakkannya.

2.1.6 Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa merupakan insan terpenting dan memainkan peranan yang besar dalam membentuk sahsiah dalam diri anak-anak. Sesetengah remaja ataupun pelajar yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan, vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.


2.2 Langkah-langkah atau cara-cara membendung Vandalisme

2.2.1 Penekanan Pendidikan Moral dan Keagamaan di sekolah.
Pemaparan isu tanpa disusuli tiada pemantauan tidak ada gunanya. Salah satu langkah yang perlu diambil untuk membendung masalah ini adalah dengan menekankan pendidikan moral dan agama sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Perkara ini amat penting sekali agar apabila mereka dewasa nanti, mereka akan mempraktikkan nilai-nilai murni yang telah diajar sejak kecil lagi dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah juga harus bertindak menghukum sesiapa sahaja yang telah ditangkap melakukan perbuatan vandalisme dengan harapan bahawa peristiwa pisang berbuah dua kali dapat dicegah ataupun tidak akan mengulangi perbuatan mereka itu. Ibu bapa juga harus mengajar anak masing-masing serta bertindak mendidik mereka apabila mereka ditangkap merosakkan barang-barang kepunyaan orang lain. Pihak ibu bapa sepatutnya mengamalkan budaya sayang anak tangan-tangankan. Berkat kerjasama dari pihak sekolah dan ibu bapa, langkah ini dapat diibaratkan sebagai serampang dua mata.

2.2.2 Bimbingan dan Kaunseling
Langkah kaunseling dapat diibaratkan sebagai sudah terang lagi bersuluh. Sesi kaunseling ini penting agar pelajar-pelajar yang menghadapi tekanan dalam pelajaran ataupun daripada rakan-rakan yang memaksa mereka melakukan perbuatan vandalisme ini berpeluang meluahkan serta menyatakan perasaan dan tekanan yang dihadapi masing-masing. Dengan ini, mereka akan berpeluang mendapat nasihat daripada seseorang yang berpengalaman yang seterusnya mungkin dapat menyelesaikan masalah yang harus diharungi oleh pelajar tersebut. Seterusnya,bagi pelajar yang melakukan vandalisme,mereka juga mungkin menyedari kesalahan sendiri dan bertindak mengubah sikap mereka yang salah itu selepas melibatkan diri serta menghadiri sesi kaunseling. Dengan ini, memang dapat dibuktikan bahawa sesi kaunseling merupakan salah satu langkah yang wajib diambil.


2.2.3 Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan Perlaksanaan Undang-Undang perlu dijalankan oleh pihak Kerajaan. D bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 (Undang-Undang Kecil Vandalisme, 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan. Perlaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme harus menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan yang lain. 

2.2.4 Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya harta benda awam dan menganggap harta benda orang lain sama seperti harta benda sendiri. Secara tidak langsung, sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini, maka sudah tentu gejala vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa. 

2.2.5 Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan pihak masyarakat perlu peka terhadap isu ataupun gejala vandalisme yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain tiu, anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah juga patut memberikan nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan menjaga harta benda awam. Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. 

PERAS UGUT DAN KES BULI

3.1 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Peras Ugut dan Kes Buli
3.1.1 Kekurangan penghayatan nilai-nilai agama
Kekurangan penghayatan nilai-nilai agama dalam diri pelajar merupakan antara punca atau faktor yang mencetuskan kes buli di dalam kalangan pelajar sekolah. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapat perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan. 

3.1.2 Kekurangan kasih sayang ibu bapa dan keluarga
Sabda Rasulullah s.a.w:"Anak adalah titipan dari Allah SWT yang harus dijaga". Dengan didasari sabda Rasulullah tersebut, maka orang tua harus berhati-hati di dalam membimbing putera-puterinya yang beranjak dewasa. Apalagi sekarang di zaman globalisasi yang penuh kebebasan akan apapun, sehingga jika tidak dapat membawa diri, maka akan terjerumus kepada perbuatan-perbuatan yang negatif dan merugikan.
Ibu bapa haruslah memberi sepenuh kasih sayang dan didikan agama yang mencukupi agar mereka tidak terjebak dalam aktiviti yang kurang berfaedah. Jiwa dan hati remaja harus dididik dengan cara yang betul dan ditanam dengan nilai-nilai sempurna untuk memastikan bahawa masalah ini dapat dibendung. Sekiranya masalah ini tidak dapat dibendung ialah maka pembangunan negara akan terjejas kerana golongan remajalah bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. 
Selain itu, ibu bapa yang selalu sibuk mecari duit dan bersikap meterialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka. Situasi ini telah mengakibatkan jiwa remaja ini kosong dan kesunyian lalu bertindak melepaskan tekanan mereka kepada membuli orang lain.


3.1.3 Pengaruh rakan sebaya
Para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebaya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. 

3.1.4 Pengaruh media massa
Hakikatnya, media massa baik bercetak atau berelektronik, mempunyai aura yang tersendiri dalam menarik perhatian remaja untuk terpengaruh. Dewasa ini, terdapat terlalu banyak adegan atau babak-babak ganas yang dipertontonkan di kaca-kaca televisyen ataupun di internet. Secara tidak langsung, ianya dapat mempengaruhi remaja untuk meniru perbuatan ganas tersebut.

3.2 Langkah-langkah Menangani Peras Ugut dan Kes Buli

3.2.1 Peranan Institusi Kekeluargaan
Institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa mencorak kehidupan anak-anak yang dilahirkan bagai kain putih. Guru yang pertama seorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri. Seorang bayi akan belajar dengan melihat dan mencuba apa yang dilakukan dan disebut oleh orang di sekelilingnya. Oleh kerana keperluan kehidupan ibubapa terpaksa bekerja maka anak-anak kecil ini sehinggalah ke peringkat remaja biasanya diasuh oleh pembantu rumah.
Oleh itu amat penting bagi ibubapa melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya dapat membesar dan mendidik anak dengan lebih sempurna. Ini perlu memandangkan ibubapa yang bekerja mempunyai masa yang terhad bersama dengan anak-anak. Masa yang singkat ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya kasih sayang dan kemesraan kekeluargaan itu dapat dieratkan. 
Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi. Seterusnya dipupuk di sekolah dan di semarakkan oleh masyarakat. Ibubapa sendiri perlulah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak. Sekolah dan masyarakat juga perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa.

3.2.2 Peranan Pihak Kerajaan
Bak kata pepatah, tiada penyakit yang tiada penyembuhnya. Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan kes buli ini dalam pelajaran Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

3.2.3 Peranan Pihak Sekolah
Selain itu, pihak sekolah juga dapat memainkan peranan yang cukup besar di dalam menangani isu moral ini. Ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari masa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti kuiz tentang buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah buli ini. Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketatkan supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.

3.2.4 Peranan Pelajar
Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.




Bersesuaian dengan nama baik yang dinisbahkan kepada Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh yang banyak menyumbangkan ke arah mewujudkan konsep-konsep Islam yang bersifat progresif untuk tatapan dunia antarabangsa, kita akan mendapati bagaimana banyak pihak termasuklah pihak kerajaan sendiri telah menunjukkan penggunaan paradigm ke empat, menunujukkan keperihatinan yang lebih terhadap masalah sosial golongan remaja. Hal ini terbukti dengan wujudnya pelbagai program khusus yang dirangka untuk mengatasi masalah ini. Antaranya; 

1. Kementerian Pelajaran Malaysia
Usaha penilaian dan pembaikan yang berterusan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan Malaysia. Apa yang jelasnya, terdorong dengan masalah krisis moral pelajar yang saban hari membelenggu negara dan masyarakat, suatu jawatankuasa cabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji isu ini dan sebagai hasilnya, beberapa perubahan telah dijalankan seperti:-

Nama Kementerian Pelajaran telah ditukar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang membawa paradigm berbeza iaitu Kementerian bakal memberikan pendidikan sejati kea rah yang lebih bersesuaian dengan prinsip moral dan bukannya terhad kepada pemberian pelajaran semata-mata.

Falsafah Pendidikan Negara yang berteraskan konsep kesepaduan antara intelek, emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. Kandungan FPN, yang antaranya ialah “ Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Bagi menghidupkan FPN, dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan system pendidikan bersepadu, KBSR dan KBSM telah diwujudkan menggantikan system kurikulum yang lama. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini member penekanan asas kepada usaha pembentukan sahsiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar. Ketiga-tiga perkara ini secara tidak langsung dilakukan bagi menghadapi masalah social yang bakal berkembang di dalam masyarakat yang sedang di dalam proses pemodenan, yang biasanya berpunca dari factor mengabaikan ketiga-tiga elemen roh, jasad dan emosi di dalam pembentukan personality seseorang remaja.

2. Pihak Kerajaan dan NGO Islam

Program latihan dakwah yang dikhususkan kepada golongan remaja telah diusahakan oleh pihak kerajaan dan NGO Islam telah merangkumi:- 

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri
Di bawah Unit Kursus dan Latihan INDAH telah mengadakan program khusus untuk remaja di sekolah dan university tempatan. Ianya lebih berbentuk kursus kepimpinan dan motivasi Islam yang dilakukan dalam bentuk ceramah biasa, bengkel latihan dan permainan.

Kementerian Belia dan Sukan
Unit Hal Ehwal Agama telah mengatur program dakwah untuk belia. Ianya seperti seminar kefahaman Islam, seminar dakwah dan kepimpinan Islam, seminar kepimpinan belia Islam dan muzakarah dakwah kepimpinan belia Kebangsaan.


YADIM
YADIM telah mengatur beberapa program khusus untuk remaja seperti program al-Falah, bengkel cuti sekolah, kursus kepimpinan pelajar dan dakwah belia negara.

Masjid Negara
Masjid Negara telah mengadakan beberapa program seperti program kelas pendidikan Islam Kanak-kanak, Kursus kesedaran Ramadhan, bengkel Fardu Ain remaja Islam, Strategi lulus peperiksaan cemerlang, kelas bimbingan peperiksaan PMR dan SPM, program pembentukan generasi Islam cemerlang dan kursus pembelajaran berkesan.

3. ABIM
ABIM telah mengatur program khusus untuk remaja melalui projek pembangunan belia iaitu untuk belia secara umum dan program Embun Hidayat untuk belia yang bermasalah. Antara program Embun Hidayat yang diatur adalah rekreasi, berkelah, bersukan di samping ceramah-ceramah agama.

4. Program Belia
Penyediaan program Belia sperti Program Rakan Muda, Rakan Waja Diri, Rakan Sukan dan Brigded Rakan Muda telah memberi peluang kepada usaha membimbing bakat semulajadi yang dimiliki oleh remaja


Penutup

Secara jelasnya, kita dapat melihat bagaimana kesemua program latihan yang diusahakan dan dirancang khusus ini adalah semata-mata untuk memberi peluang kepada semua remaja untuk mempergiatkan diri mereka kepada aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menjauhi aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti vandalisme, buli dan sebagainya.
TERUSKAN MEMBACA

VISI DAN MISI SEKOLAH 2015

PELAWAT

free website visitor counter